I don’t believe in originality. You take inspiration from whatever moves you and you find your voice in those things.
— Tim Walker
From March 9 of '94, a language enthusiast, a budding pharmacist-to-be, a fake athlete, a person who's neither skinny nor fat, someone socially-awkward, a music aficionado, an untalented artist, one who appreciates good writing and photography, self-proclaimed person of excellent yet diverse taste.
Saturday, January 26, 2013
12:13 AM
Islam pada nama dan Islam secara holistik. Jauh beza.

Untuk berubah memang payah. Nak tinggalkan benda-benda duniawi yang dah sebati dalam hidup, nak disiplinkan diri supaya sentiasa konsisten berubah ke arah kebaikan. Tinggalkan perkara lagha yang nafsu memang suka sangat. Perit weh, serius.

Akak usrah aku pernah ingatkan dengan satu ayat,

Surah Al-Baqarah Ayat 216 : 
“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Ya Allah, memang betul kalam Dia. Frankly speaking, antara solat taubat dengan melayan hiburan, kau rasa kau lagi selalu buat yang mana?

Jalan nak menuju ke syurga tu memang dikelilingi dengan perkara yang kita tak suka. Siapa suka bangun pagi-pagi nak qiyam? Siapa suka korban masa dengar ceramah agama? Memang amalan yang nak membawa kita ke syurga tu, payah sekali kita nak kerjakan. Tak masuk lagi la dengan solat yang lompong-lompang, yang sunat pula, jauh sekali. Sesungguhnya jalan syurga tu berliku-liku dengan dugaan dan cabaran.

Nak menuju ke neraka pula penuh dengan perkara yang nafsu manusia memang gemar. Sepanjang jalan ke neraka dihiasi dengan benda yang melalaikan, menjauhkan kita dari-Nya. Sampaikan nikmat syurga abadi tertutup sebab manusia terlalu dibayangi dengan nikmat sementara dunia.

Aku tak pernah sempurna, takde manusia yang sempurna. Tapi tak salah kalau mencuba untuk hampir sempurna. Eventhough journey aku untuk hampir sempurna tu jauh berapa lightyears lagi.

Labels:

0 comment(s): leave a comment