I don’t believe in originality. You take inspiration from whatever moves you and you find your voice in those things.
— Tim Walker
From March 9 of '94, a language enthusiast, a budding pharmacist-to-be, a fake athlete, a person who's neither skinny nor fat, someone socially-awkward, a music aficionado, an untalented artist, one who appreciates good writing and photography, self-proclaimed person of excellent yet diverse taste.
Friday, December 21, 2012
10:48 AM
Aku sebenarnya seorang yang agak gagal dalam amalan keep in touch, tak kiralah orang tu jauh di mata atau dekat di hati. Selalu melekat atau dah lama terpadam dalam inbox kenalan. Seriusli aku memang bukan jenis orang yang rajin hantar sms, whatsapp, fbchat, skype atau cara elektronik lain yang mampu menghubungkan jiwa yang dah lama terpisah, Pfft ayat pulak. Itu semua....memang bukan cara aku.

Tak tahulah nak kategorikan situasi macam ni dikira memutuskan silaturrahim atau tak. Aku tahu besar dosa memutuskan silaturrahim tu, tapi tapi tapi aku memang tak tahu dan kekok bab mengekalkan persahabatan dengan kawan yang dah lama tak jumpa yang bila berjumpa balik beberapa tahun lepas tu, terus jadi kekok nak buka topik sembang kencang.

Aku bukan lah heartless sangat sampai kawan sama sekolah pun tak ingat, aku rindu weh, serius aku rindu. Tahap keseriusan kerinduan aku tu tak boleh diukur oleh barometer mahupun pembaris meter. Tapi bab nak sms,skype etc, aku memang fail. Sorry to say la. Perkara yang paling membimbangkan aku bila dah text orang tu, lepas tu terus tak tau nak cakap apa lagi dah. Setakat tanya "Kau buat apa sekarang?" catching up semua tu tak dinafikan terlampau senang la tapi minit-minit lepas tu bila dah kehabisan modal nak cakap apa...terang-terang aku nak cakap yang aku bukan seorang yang boleh petik topik rambang nak dijadikan topik. Tu bukan kepakaran aku.

Mungkin tu lah kegagalan aku yang paling besar dalam hidup ni, keeping in touch. Tapi bila kena dekat sahabat yang memang aku panggil dunia akhirat, aku tak main-main. Aku masih dengar khabar diorang, dan diorang masih dengar khabar aku. Kepada yang termasuk dalam list prioriti keep in touch aku yang tak sampai 10 orang ni, tahniah la aku ucapkan. You have my love fellas.

Bikin kawan memang mudah, mahu kekalkan momentum kawan itu satu darjah kesukaran yang lain pula. Barangkali aku tak layak nak sebut soal momentum selagi aku kekal dengan sikap tak mampu nak ambil topik random jadi modal bersembang atau aku mungkin sebenarnya bukanlah seorang yang optimis dalam mengekalkan hubungan jangka panjang sebab aku bukan lah seoptimis Natsu dalam Fairy Tail. Kena belasah teruk pun boleh lagi sengih besar.

Labels: ,

3 comment(s): leave a comment